Thursday, May 28, 2015

Gelanggang

(Onn Malini)

TEMA:
Kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air.



MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap pertama

Penyajak menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang ditubuhkan oleh generasi terdahulu iaitu kira-kira 50 tahun yang lalu. Malaysia terbentuk hasil perpaduan setiap kaum demi masa depan generasi seterusnya.



Rangkap kedua

Kita ialah generasi yang mewarisi Malaysia yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu. Mereka bekerja keras dan bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Kemakmuran negara dapat dinikmati apabila rakyat bersatu padu. Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara. Cara ini telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai kaum di negara kita.



Rangkap ketiga

Penyajak berpendapat bahawa pemimpin kini harus berani melawan tuduhan melulu yang dilemparkan demi mempertahankan kedaulatan negara. Pendapat yang dikemukakan oleh sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan Malaysia harus kita tentang tanpa tolak ansur supaya tidak menggugat kedaulatan negara. Pihak tersebut tidak harus melakukan tindakan untuk mencabar Malaysia kerana perbuatan mereka akan menyusahkan diri mereka.



Rangkap keempat

Penyajak menyeru rakyat yang benar-benar cinta akan negara supaya mengukuhkan tali persaudaraan agar pertelingkahan sesama rakyat dapat dihindari.



Rangkap kelima

Penyajak menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab memikul amanah yang diberi untuk memastikan kecemerlangan negara di peringkat dunia dengan mencapai kejayaan demi kejayaan. Hal ini demikian kerana kejayaan yang diperoleh rakyat Malaysia melambangkan maruah Malaysia dan jati diri mereka. Kita bertanggungjawab dalam meneruskan kesinambungan Malaysia sebagai negara yang harmoni dan dihormati oleh semua pihak. Malaysia wajib kita hargai, hormati dan muliakan sampai akhir hayat kita.



PERSOALAN


Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan

Contoh : Generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata.



Kepentingan perpaduan dalam menjaga keamanan negara

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.



Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negara

Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.



BENTUK SAJAK


Terdiri daripada lima rangkapTerdiri daripada dua hingga lapan baris dalam satu rangkapTerdiri daripada satu hingga Sembilan perkataan dalam satu barisTerdiri daripada tiga hingga 22 suku kata dalam satu barisRima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.Rangkap pertama : abccdRangkap kedua : abcdefghRangkap ketiga : abcadefRangkap keempat : abRangkap kelima : abcde



GAYA BAHASA


anafora

Contoh :

kitapelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hatikitamempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat



hiperbola

Contoh :

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat

dan air mata



inversi

Contoh :

jangan sekali bermain apikelak membinasakan diri sendirikita pelihara gelanggang inidengan kejap sepenuh hatiMarilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhwah



personifikasi

Contoh :

demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini



kata ganda

Contoh :

yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebihsuara-suaramomokan sumbang memperlekehkan menyentuh



NILAI


Nilai keberanian

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani berani berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.



Nilai perpaduan

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.



Nilai tanggungjawab

Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.



PENGAJARAN


Kita mestilah bersatu padu

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.



Kita mestilah berani bertindak

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani  berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.

Kita mestilah bertanggungjawab atas kedaulatan negara

Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.



Puisi Tradisional

(Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga )

MAKSUD


RANGKAP

MAKSUD

Apabila terpelihara mata,

Sedikitlah cita-cita.     

Mata haruslah diperlihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh tuhan

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping.

Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian.

Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapat daripadanya faedah.

Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,

Daripada segala berat dan ringan.     

Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.

Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang.

Anggota tengah hendaklah ingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat yang maksiat.

TEMA      

 Nasihat memelihara anggota diri.

Gurindam ini memberi nasihat supaya memelihara anggota diri dan berbudi pekerti.

PERSOALAN

Persoalan memelihara penglihatan dalam kehidupanPersoalan kebaikan memelihara tutur kataPersoalan pentingnya memelihara pendengaran Persoalan semangat penting dalam kehidupan.

BENTUK

Mempunyai 7 rangkap.

Setiap rangkap mengandungi 2 baris

            Contohnya : Apabila terpelihara mata,

                                   Sedikitlah cita-cita

Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan 

Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata


Rima akhir aa

            Contohnya : Apabila terpelihara lidah,

        Nescaya dapat daripadanya faedah

GAYA BAHASA

Kata ganda – cita-cita

Asonansi – pengulangan vokal a 

       Apabila terpeliha ma,( rangkap 1 baris 1)     

Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan g

            Bersunggan (rangkap 4 baris 1)

NILAI

Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata. Nilai  kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan ketika menghadap rezekiNilai kesabaran, Contohnya kesabaran memelihara mata melihat perkara negatif.

PENGAJARAN

Kita hendaklah memelihara mata dengan  bijaksana.Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan..Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.Kita hendaklah sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Thursday, March 5, 2015



JAKET  KULIT  KIJANG  DARI  ISTANBUL

( Maskiah Haji Masrom )

SINOPSIS


Mengisahkan Aku melancong ke negara Turki sambil mencari cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia.Pelbagai barangan yang tersenarai untuk dibeli kepada rakan-rakan serta dirinya sendiri. Namun dirinya hanya tertarik dengan buku-buku berbanding barang-barang hiasan yang lain. Sejumlah wang telah disediakan dan diperuntukan untuk pembelian cenderahati tersebut serta sedikit wang kecemasan untuk dirinya.Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong dan beberapa panduan serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. Aku serta rakan-rakannya berasa sukar untuk  menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana tiada tanda harga dipamerkan dan  harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya.

Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, Aku terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin. Aku mengimbas  akan abangnya yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung tangan kulit, tentu tangan Abang Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari. Pemuda Turki seakan dapat membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun Aku tidak berani mengambilnya kerana tidak mengetahui akan harganya.

Hajah Normah dan dan Dr. Liza tertarik dengan harga jaket berwarna kuning keemasan yang dibeli oleh Haji Helmi dan isterinya dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai lain. Aku tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai tersebut. Kedainya tidaklah begitu luas namun mampu menempatkan sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa dan mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit beraneka warna dan rupa bergantungan kemas di dalam rak berhawa dingin. Aku dan rakannya dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus asa memujuk Aku agar membeli jaket kulit kijang, namun Aku masih belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain yang telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana ingin mengambil hati rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh epal, Aku cuba mengenakan jaket kulit tersebut. Aku tersentak dengan harga yang disebutkan kerana dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu. Dua rakannya itu telah membayar harga jaket pilihan mereka. Aku dengan kata-kata berbudi bahasa mengambil keputusan untuk tidak membeli jaket tersebut. Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan tindakan Aku dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Perjalanan melawat Egyptian Market, Aku didatangi seorang remaja kurus dan bercakap separuh berbisik menjual barangan Black market. Melewati rakan Aku, Kak Chah dan Shahmeem, lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis menangkap remaja tersebut atas kesalahan menjual barangan Black market. Ketika beratur menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua dengan berani meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan Aku. Rakan Aku, Shahmeem menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak sesuai dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada Aku dengan harga AS$100. Aku terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem. Aku juga menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak pula tidak dapat dijahit dengan benang. Jelas sekali Aku terlihat lebih seekor Kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit.

Akhirnya  Aku berhasrat untuk menggembirakan orang lain. Dia akan menjual jaket itu dan wang jualan akan didermakan kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang, sabagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup yang penuh dengan kemodenan.

TEMA           

Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong serta terjerat dengan pembelian jaket kulit kijang yang tidak disengajakan demi menjaga hati dan kegembiraan penjual jaket, rakannya serta dirinya demi mengelakkan pembunuhan haiwan-haiwan yang dilindungi demi kelangsungan kehidupan moden.

PERSOALAN


Perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan esotik.

Contoh:- Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa menjadi korban kerana kulitnya.



Sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara.

Contoh:- Aku melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu menyakitkan hati pekedai Turki itu.



Kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan atau pelancong.

Contoh:- Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya.



Kepandaian sikap puji memuji dalam kalangan masyarakat Turki.

Contoh:- Masyarakat Turki memang pandai memuji pelanggannya demi melariskan jualan.



Kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan.

Contoh:- Aku telah membuat senarai nama barangan dan cenderahati yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia.

PLOT


Permulaan

Aku mengikuti rombongan Passage Tours and Travel ke negara Turki. Dengan berbekalkan AS$400 yang bersamaan dengan RM1,800.00, dia telah menyenaraikan barang-baang yang ingin dibeli. Antaranya, cenderamata untuk keluarga, untuk saudara-mara, kawan pejabat dan kenalan rapat, untuk pensyarah-pensyarahnya yang banyak membimbingnya semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan untuk dirinya sendiri, memadai membeli beberapa buah buku terbitan Turki.



Perkembangan

Aku mengisahkan bagaimana dia terbeli jaket kulit kijang dari Istanbul pada hari kelima lawatannya ke Turki. Dia tidak berniat langsung untuk membeli jaket tersebut. Ahli rombongan dibenarkan pergi membeli-belah di Grand Bazaar yang terletak lebih kurang satu kilometer dari tempat penginapannya di Hotel Senator. Sebelum sampai di Istanbul, Aku telah melawat beberapa kawasan bersejarah di Bursa, Pamukkale, Konya, Cappadocia dan Bolu. Pada setiap persinggahan itu, Aku telah mendapatkan cenderamata yang popular dan unik.



Klimaks

Aku disapa oleh seorang lelaki berbaju T merah, berjaket kulit hitam dan berwajah tampan dari sebuah kedai jaket kulit. Aku tertarik akan keramahannya. Aku juga terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin dan berhasrat untuk membelinya tetapi tidak berani kerana tidak mengetahui harganya dan takut akan ditipu oleh penjualnya. Walaubagaimanapun Aku akhirnya masuk ke kedai jaket kulit itu dan mencuba sehelai jaket kulit berwarna hitam, namun dia tidak berniat untuk jaket tersebut kerana harga yang ditawarkan diluar kemampuannya. Akhirnya berlaku perbalahan antara Aku dan pekedai Turki itu. Aku berasa tersentak dengan sikap pekedai Turki yang menghinanya dan aku juga berasa terkilan  kerana tertipu dengan layanan mersa yang telah diberikan oleh pekedai Turki itu.



Peleraian

Sewaktu beratur untuk menaiki feri ke Selat Bhosporus, seorang lelaki tua telah meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di atas lengannya. Shahmeem menunjukkan minat untuk membeli jaket tersebut dan telah membayar sebanyak AS$120, namun apabila dicubanya, jaket itu bersaiz kecil lalu menjualkannya kepada Aku dengan mengurangkan AS$20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi. Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Aku memandang jaket kulit kijang itu, lalu membayangkan kegembiraan kepada lelaki tua yang berjaya menjual jaket kepada Shahmeem, kegembiraan Shahmeem yang berjaya menjualkannya kepada Aku serta kegembiraan Aku kerana dapat menghangatkan badannya sepanjang perjalanan di Selat Bhosporus yang dingin. Akhirnya kegembiraannya itu ingin dikongsi dengan orang lain iaitu dengan berhasrat menjual jaket tersebut di kedai pakaian terpakai dan wang yang diperoleh didermakan kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup yang penuh kemodenan.



TEKNIK PLOT


Imbas Muka

Contoh: Aku tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan burung di situ..



Imbas Kembali

Contoh: Entah mengapa aku tiba-tiba teringat akan Abang Long yang menunggang motosikal pergi balik kerja.



Saspens

Contoh: Perbalahan antara aku dan pekedai Turki membuatkan aku ingin melangkah keluar tetapi dihalang oleh pekedai Turki dengan wajahnya yang kelihatan marah.





Monolog

Contoh:  Aku terpaku seketika. Apakah jawapan yang lebih baik pada saat itu selain yang dapat menggembirakan Shahmeem?



Dialog

Contoh:  “Dah beli, ke? Ok tak harganya? Tanya kak Chah.

              “Ok juga. Dah survey tiga, empat kedai. Kedai ni ok. Dapat harga

             AS$150 sat jaket,” terang Haji Helmi sambil menunjukkan beg

             plastiknya

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Aku  ( Mas ) –

Seseorang yang :-

Gemar membaca.

Aku gemar membaca kerana dia akan leka membeli dan membaca buku jika terjumpa kedai yang menjual buku.



Baik dan murah hati.

Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira.

Berbudi bahasa.

Aku dengan sebaik mungkin berbudi bahasa kepada pekedai Turki kerana tidak mahu membeli jaket kulit agar pekedai itu tidak berasa kecil hati.



Tidak boros berbelanja.

Aku tidak terpengaruh dengan layanan mesra pekedai Turki agar membeli jaket kulit kijang itu.



Sayang akan haiwan.

Aku begitu menyayangi haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus pemodenan.



Bersederhana apabila berbelanja.

Aku telah membuat senarai barangan yang hendak dibeli agar tidak melebihi perbelanjaan yang telah diperuntukan.

Watak Sampingan

Pekedai  Turki–

Pemuda berkulit putihMempunyai kumis. (misai)Fasih berbahasa inggeris.- Pekedai Turki berbahasa inggeris apabila berkomunikasi dengan pelanggan yang datang ke kedainya.Peramah dan mesra

Pekedai Turki kelihatan begitu peramah dan mesra ketika melayan pelanggan di kedainya.

Tidak berputus asa

Pekedai Turki tidak berputus asa memujuk pelanggannya membeli barang jualannya.

Pandai mengambil hati

Pekedai Turki sangat pandai mengambil hati pelanggannya dengan memberikan kata-kata manis.

Cepat marah

Pekedai Turki cepat naik amarah kerana pelanggannya tidak mahu membeli barangannya walaupuan telah mencubanya.

Polis Turki –

Lelaki dewasaBertubuh tegapBerbaju T dan berseluar panjangBerwajah serius –

Polis Turki kelihatan serius ketika dia menjalankan tugasnya apabila dia menangkap seorang remaja yang menjual barangan pasaran gelap.

Shahmeem –

Kawan kepada AkuMudah terpengaruh

Shahmeem terpengaruh dengan sehelai jaket hitam yang dijual secara pasaran gelap tanpa mengetahui ukuran saiznya.

Murah hati

Shahmeem bermurah hati dengan  mengurangkan sebanyak AS$20 daripada harga asal pasaran gelap kepada Aku kerana jaket kulit kijang itu tidak padan dengannya.



LATAR


Latar tempat.

Hotel Senator – tempat penginapan aku dan rakan-rakannya ketika melancong di Turki.Grand Bazaar – Pusat membeli belah.Kedai menjual jaket kulit –tempat di mana aku terpaku ketika melihat sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin.Tempat  Haji Helmi dan isterinya, cikgu Juliah membeli empat helai jaket berwarna kuning keemasan.Tempat Aku mencuba jaket kulit kijang namun tidak jadi membelinya kerana dia tidak mempunyai wang yang mencukupi.



Pigeon Valley – Aku bersedekah kepada pengait benang yang kesejukan.Gunung Bolu – Aku bersedekah kepada seorang kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta.Masjid Ulu – bersedekah kepada seorang lelaki yang cacat anggota.Masjid Biru – tempat Aku menunaikan solat jamak.Egyptian Market – tempat membeli belah yang mempunyai dataran burung merpati jinak.Terminal feri Selat Bhosporus – Shahmeem membeli jaket kulit hitam daripada lelaki tua di pasaran gelap dengan harga AS$120.



Latar masa

Malam – Kak Chah teman sebilik Aku tidur awal kerana kepenatan selepas berjalan mengelilingi kota bersejarah.Siang –Aku , Kak Chah dan Shahmeem berada di dalam kedai menjual jaket kulit.Semasa aku dan rakan-rakannya sedang beratur untuk menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus.

Latar masyarakat

Masyarakat elit – Ahli rombongan yang terdiri daripada guru dan pensyarah.Masyarakat yang bekerjaya untuk menampung kehidupan seharian.

Encik Yuksel bekerja sebagai pemandu pelancong dan pekedai Turki yang menjual barangan kulit.

Masyarakat yang tidak berkemampuan.

Wanita tua yang menjual makanan burung, remaja kurus dan lelaki tua yang menjual barangan pasaran gelap, dan pengemis –pengemis seperti pengait benang yang diberi sedekah oleh Aku, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.

Masyarakat yang suka melancong.

Aku serta 30 orang ahli rombongan telah melawat negara Turki.

Masyarakat yang suka akan kemewahan.

Haji Helmi dan isterinya cikgu Juliah telah membeli sebanyak empat helai jaket kulit berwarna kuning keemasan dengan harga AS$150 sehelai.

Masyarakat yang tidak menyayangi haiwan.

Seekor atau lebih daripada seekor kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit yang menjadi lambang pendewaan dan pemujaan diri.





GAYA BAHASA


Kata ganda -cenderamata untuk pensyarah-pensyarah yang banyak berjasa membimbingku semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana;Aku bercadang untuk membelikan professor Siti Zainon, Dr Shaiful Bahri dan Dr Rosnah sesuatu yang boleh dijadikankenang-kenanganMatanya bercahaya-cahaya.



Bahasa Asing –       a)         bahasa inggeris (“Hello lady! …. “ , “Please… “ )      bahasa Arab. – Assalamualaikum, solat jamak,  al- mathuratSinkope –      ‘Eh, lawanya jaket tu Grand Bazaar  semalam. Murah ke?”



NILAI



Kegigihan – pekedai Turki begitu gigih dan tidak berputus asa meyakinkan pelanggannnya agar membeli barangan kulitnya.



Keprihatinan – Aku begitu prihatin dengan pembunuhan haiwan kijang kerana kulitnya untuk dijadikan jaket.



Berjimat cermat – Aku telah membuat senarai barangan yang perlu dibeli untuk dibawa pulang agar tidak melebihi perbelanjaan.Keikhlasan – Aku dengan ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang,  kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.



PENGAJARAN


Kita haruslah bersikap berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan seharian maupun semasa melancong ke luar negara.

Contoh :- Cenderamata untuk keluarga : 29 helai baju T, 2 helai untuk keluarga Anim, masing-masing sehelai untuk Tahrir, Nadia dan Salleh.



Kita hendaklah bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira taraf kehidupan seseorang.

Contoh :- Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira serta ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang,  kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.



Kita wajar mempunyai sikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan tercapai.

Contoh :- Pekedai Turki gigih memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya dengan harapan pelanggannya itu membeli barangannya.



Kira patut bersikap prithatin terhadap haiwan yang dilindungi agar habitatnya tidak pupus.

Contoh : Aku begitu prihatin terhadap haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi pupus.

Joomla template created with Artisteer.


Cerpen MUNSYI

MUNSYI

Sinopsis

            Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar.  Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya.  Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa.  Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum.  Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani.  Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah.  Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.

            Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan.  Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa.  Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’.  Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya.  Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar.  Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri.  Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi.  Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel.  Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ.  ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.

Tema

Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara. 

Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.



Persoalan

Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan

Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.



Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara.

Contohnya,  pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan

rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat.



Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya.

Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.



Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya.

‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.



 Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya.

Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di bandar.



Plot

Permulaan

Cerpen dimulakan dengan kisah ‘saya’ tidak diizinkan oleh bondanya berhijrah ke kota kerana bimbang anaknya itu akan hanyut oleh arus hedonism dan modenisme yang melanda anak-anak muda di kota.



Perkembangan

Bonda pernah bercerita pada ‘saya tentang system pemerintahan penjajah yang memecah-belahkan perpaduan rakyat negara ini.Setelah Negara merdeka, perpecahan tersebut mencetuskan huru-hara kepada negara ini.Ibu menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa , bangsa dan Negara ini.  ‘Saya’ juga membaca membaca pelbagai buku simpanan bonda untuk memantapkan jati diri dan bahasa ‘saya’Setelah bonda yakin dengan kemantapan diri ‘saya’ baharulah ‘saya’ dibenarkan berhijrah ke kota untuk membaiki taraf hidup saya.  ‘Saya ‘ dikirimkan buku-buku lama untuk disampaikan kepada sahabat lama bonda iaitu Munsyi.Di Bandar ,’saya’ dapati anak-anak muda telah hanyut oleh keseronokan hidup dan melupakan nilai-nilai murni dan batas kehidupan.‘Saya’ mendengar berita kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi akan didirikan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.



Klimaks

Aku sampai di perkampungan tradisi itu dan mendapati jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ.  Buku-buku pemberian bonda juga turut musnah dalam peristiwa itu tetapi Munsyi tidak ada di situ.



Peleraian

Berhari-hari aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.



Teknik Penceritaan



Dialog

“Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya.”

Imbas kembali

Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat dekad lampau.

Imbas muka.

Di kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi.

Pemerian.

Salam saya akhirnya dijawab oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih.  Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan melayu.  Di jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik. 

Kejutan.

Saya mendengar khabar bahawa syarikat perumahan akan mengambil alih kampung tradiri yang didiami oleh Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.

Saspens.

Aku mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.





Watak dan Perwatakan



Watak utama



‘Saya’Seorang yang taat

‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.

Seorang yang amanah.

‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.

Seorang yang gemar membaca

‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.

Seorang yang tidak mudah putus asa

‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.



Watak sampingan



Bonda ‘saya’Seorang yang berpengetahuan luas.

Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah pahit tanah air.

Seorang yang bersifat patriotik.

Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara.

Seorang yang amat memahami

Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya.

MunsyiKawan lama bonda.Seorang yang cinta akan budaya Melayu

Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.

Seorang yang mengalu-alukan tetamu.

Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’ masuk ke rumahnya.



Latar



Latar masa

Zaman pemerintahan penjajah

Penjajah telah memerintah negara menggunakan system pecah dan perintah.

Zaman selepas merdeka

Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas dijajah.



Latar tempat

Di kampung

Pada mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung untuk berhijrah ke kota

Di kota

‘Saya’ berhijrah ke kota untuk membina kehidupan yang lebih sempurna.

Di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota

Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota.

Latar masyarakat

Masyarakat kampung.

‘Saya’ dan bonda tinggal di kampung.

Masyarakat remaja yang tinggal di bandar.

‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya telah hanyut oleh keseronokan hidup.

Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan.

Penduduk kampung tradisi mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak berkuasa.

Masyarakat yang cekal dan berani.

Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.



Gaya bahasa

Kata ganda

Zaman- berzaman

Metafora.

Pagar-pagar perkauman, pohon kebenaran, racun perkauman

Peribahasa.

Bahasa jiwa bangsa

Simile

Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan Melayu.

Hiperbola

Namun kerana hasad dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela, kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata.



Nilai

Patriotik.

Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama.

Ketaatan.

‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.

Kegigihan

Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.

 Amanah.

‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.



Pengajaran.

Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu.

‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar

Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.

Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan.

‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.

Kita tidak boleh mudah putus asa apabila menemui kegagalan.

‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.



Soalan

Mengapa bonda tidak membenarkan ‘saya’ berhijrah ke kota?



Gambarkan perwatakan fizikal Munsyi ketika ‘saya’ bertemunya pada kali pertama.



Jawapan

Bonda tidak membenarkan ‘saya’ berhijrah ke bandar kerana pada pendapat bonda ‘saya’ masih belum mantap ilmu agama dan bahasa ibunda.Salam saya akhirnya dijawab oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang putih bersih.  Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan melayu.  Di jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik. 

Cerpen KADUK, AYAM DAN RAJA

Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

            Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja mengisahkan perjuangan cucu Kaduk iaitu Hakim yang berusaha mendapatkan tanah milik arwah datuknya yang diambil oleh Raja.  Hakim yang merupakan lulusan universiti telah meminta bantuan sahabatnya iaitu Azam seorang lulusan bidang undang-undang untuk memfailkan kes tuntutan tanah seluas empat ekar itu. Melalui penghujahan Azam, beliau telah berjaya menyakinkan mahkamah bahawa Kaduk menyerahkan ayam Kunani kepada raja tanpa kerelaannya hatinya.  Hal ini  menyebabkan kemenangan berpihak kepada Hakim. Setelah itu, Hakim merancang untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan syarikat besar yang menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau singkatannya RAJA. Hakim menternak ayam bagi menyahut seruan kerajaan yang banyak memberi insentif kepada penternak.  Kesungguhannya terbukti apabila Hakim telah membuat pinjaman bank melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali dan  hasil bantuan seorang Yang Berhormat telah menyebabkan bank meluluskan pinjaman tersebut untuk membina sebuah reban ayam tertutup yang dilengkapi sistem penyaman udara serta peralatan memberi makanan secara semi automatik. Setelah kelulusan bank diperoleh, satu perjanjian kontrak di meterai antara Hakim dan syarikat RAJA, maka projek penternakan ayam pun bermula.

            Konflik mula timbul setelah setahun Hakim menjadi penternak ayam.  Sahabat karibnya Azam telah pulang dari luar negara kerana berkursus dan terus berjumpa dengan Hakim. Hakim telah menceritakan masalah yang dialaminya sepanjang dia menjadi penternak ayam iaitu terdapat rungutan orang kampung terhadap lorinya yang telah menyebabkan keadaan jalan kampung bertambah teruk. Selain itu, hakim menjelaskan kepada Azam bahawa hidupnya dibelenggu hutang dengan menunjukkan penyata hasil  jualan ayam dari rebannya yang bernilai lapan puluh lima ribu ringgit. Namun begitu hanya tiga belas ribu ringgit sahaja yang diterimanya kerana selebihnya digunakan untuk membayar hutang kepada syarikat RAJA.  Jumlah wang yang diterima itu pula terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai kos seperti bil elektrik, bil air, hutang bank dan sebagainya. Hakim menzahirkan penyesalannya tentang memilih ternakan kontrak yang dianggapnya situasi menang menang tetapi keadaan yang sebaliknya pula berlaku. Hakim mula menyedari bahawa dirinya  telah dieksploitasi oleh Syarikat RAJA melalui harga dedak dan ubat untuk ayam ternakannya sehingga hutangnya meningkat. Hakim menganggap dirinya menerima nasib yang sama seperti nasib datuk yang tertipu oleh orang yang memiliki kuasa.



Tema

Tema cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.





Persoalan

Persoalan keberanian menuntut hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.Persoalan memahami selok belok bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.Persoalan ketaatan terhadap pemerintah. Sebagai contoh Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah. Sebagai contoh, syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.



Plot



Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak Kaduk yang dianggap bodoh kerana bertukar ayam dengan raja.  Akhirnya Kaduk, isteri dan anaknya hidup menumpang di atas tanah yang sebenarnya miliknya sendiri.



Perkembangan

Hassan menamakan anaknya Hakim yang bererti  bijaksana yang berbeza nama-nama orang lain yang primitif dan jelik seperti Si Bulat, Si Labi dan sebagainya.Hakim seorang yang pandai dan melanjutkan pelajaran  ke universiti.  Hakim semakin sedar akan ketidakadilan dan penganiayaan yang telah berlaku dalam kehidupan datuknya.  Hakim mendapatkan bantuan Azam, sahabatnya untuk menyelasaikan kemelut keluarganya itu.  Usaha Hakim berjaya.Hakim berhasrat mengusahakan projek penternakan ayam di atas tanah milik datuknya itu walaupun memakan belanja yang besar melebihi dua ratus ribu ringgit.  Untuk melialisasikan hasratnya itu, Hakim memohon pinjaman bank. Masalah yang timbul ialah  pihak bank pula memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain untuk dicagarkan. Mujurlah seorang Yang Berhormat campur tangan dan pinjaman hakim diluluskan.Hakim memeterai perjanjian dengan Syarikat RAJA untuk membekalkan makanan dan ubat ayam dan projek pun bermula.Orang kampung merungut bahawa jalan kampung mereka rosak disebabkan lori-lori yang membawa ayam melalui jalan.  Hakim berusaha meminta bantuan pihak yang berkenaan untuk membaiki masalah ini tetapi jawapan mereka ialah tiada peruntukan.



Klimaks

Setelah setahun, Hakim bercerita kepada Azam yang baharu pulang dari luar negara bahawa dia berasa kecewa terhadap projek penternakan ayamnya kerana walaupun mendapat pulangan yang besar tetapi hakikatnya keuntungan yang diperolehnya amat kecil. Dia berasa dirinya telah dieksploitasi oleh syarikat RAJA yang membekalkan makanan dan ubat ayam kepadanya.  Harga makanan dan ubat ayam Syarikat RAJA amat mahal.



Peleraian

Hakim menganggap dirinya mengalami nasib yang malang sama seperti datuknya  yang terpaksa akur pada golongan yang berkuasa.



Teknik Plot



Pemerian

Pengarang menggambarkan usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk membina reban ayam tertutup. Sebagai contoh dia memulakan segala kerja, menebang pokok dan meratakan tanah, berlori-lori tanah telah diangkat untuk menambak kawasan yang memang rendah dan berair itu.



Dialog

“Dah berapa kali kau menjual ayam?” tanya Azam



Imbas muka

Hakim pernah berseloroh, “Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak dirikan sebuah memorial.”



Imbas kembali

“Kau ingat kan , tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah.”



Kejutan

Nilai jualan dari rebanku ialah lapan puluh lima ribu ringgit. Tetapi akhirnya hanya tiga belas ribu sahaja yang masuk ke kantungku.Tujuh puluh dua ribu adalah untuk RAJA kerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan.Dari tiga belas ribu itulah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam, membayar bil elektrik dan bil air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan yang lain.



Watak dan Perwatakan



Hakim

Anak kepada Hassan dan cucu kepada Kaduk.Seorang yang berani memperjuangkan hak. Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.Seorang yang gigih menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.Seorang yang tabah menghadapi masalah. Sebagai contoh Hakim tabah mengharungi cabaran akibat kegagalannya dalam bidang keusahawanan.Seorang yang rajin menuntut ilmu.  Sebagai contoh Hakim berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.



Azam.

Sahabat baik Hakim semasa di universiti.Seorang yang suka membantu orang lain.  Sebagai contoh Azam membantu Hakim dengan menjadi peguamnya dalam kes tuntutan tanah milik datuknya.Seorang yang rajin menuntut ilmu.  Sebagai contoh walaupun Azam sudah memiliki ijazah dalam bidang undang-undang namun dia sanggup menghadiri kursus selama setahun di luar negara untuk menambah pengetahuannya.Seorang yang prihatin. Sebagai contoh Azam sanggup mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim dalam usaha penternakan ayamnya kerana dia prihatin terhadap sahabatnya itu.





Kaduk.

Datuk kepada Hakim dan ayah kepada Hassan.Seorang yang suka bersabung ayam. Sebagai contoh Kaduk bersabung ayam dengan raja.Seorang yang mentaati raja. Sebagai contoh Kaduk sanggup menyerahkan ayam Kunani apabila diminta oleh raja.





Raja

Seorang yang suka bersabung ayam.  Sebagai contoh raja bersabung ayam dengan Kaduk.Seorang yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.  Sebagai contoh raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam kunani Kaduk untuk memenangi pertandingan itu.





Latar

Latar masa

Zaman lampau. Sebagai contoh Kaduk pernah bersabung ayam dengan ayam raja.Zaman selepas merdeka. Sebagai contoh Hakim didedahkan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru terhadap projek penternakan ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA.Dalam masa setahun.  Sebagai contoh Hakim mengalami kerugian dalam masa setahun dia menjalankan perternakan ayamnya.



      Latar tempat.

Mahkamah. Sebagai contoh kes tuntutan Hakim terhadap tanah milik datuknya dijalankan di mahkamah.Tanah Kaduk. Sebagai contoh Hakim menjalankan projek ternakan ayamnya di tanah Kaduk.Kampung. Sebagai contoh penduduk kampung mendakwa lori-lori Hakim telah merosakkan jalan kampung mereka.Universiti. Sebagai contoh Hakim dan Azam melanjutkan pelajaran di universiti  yang sama.

Latar masyarakat

Masyarakat yang mementingkan bidang keusahawanan. Sebagai contoh para menteri menyeru rakyat menceburi bidang keusahawan melalui pertanian yang mengeluarkan lebih banyak makanan.Masyarakat yang sensitif terhadap keadaan sekeliling. Sebagai contoh penduduk kampung merungut apabila mendapati jalan di kampung mereka rosak akibat dilalui oleh lori-lori Hakim.Masyarakat yang bekerja untuk mencari rezeki. Sebagai contoh Hakim mengambil pekerja-pekerja untuk bekerja di projek penternakan ayamnya.Masyarakat yang mengamalkan sistem feudal. Sebagai contoh wujud dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat semasa hayat Kaduk.



Gaya Bahasa

Sinkope

Sebagai contoh: kau, ku

Pengulangan kata

Sebagai contohnya: Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-samaberada di bawah cengkaman orang berkuasa.

Kata ganda

Sebagai contonya: bangunan-bangunan, sama-sama dan tanah –tanah.

Bahasa Arab

Sebagai contoh: Assalamualaikum, Alhamdulillah

Bahasa Inggeris

Sebagai contoh Global Chiken





Simile

Sebagai contoh : Bank akan merampas tanahku tak ubahseperti raja merampas tanah datukku dahulu.

Personifikasi. Sebagai contoh; Setiap musim syarikat payung akan mengatur lori-lori untuk mengangkut ayam-ayam yang sudah besar.



Nilai

Nilai keadilan. Sebagai contoh hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak datuknya yang telah ditipu.Nilai keberanian. Sebagai contoh hakim berani menceburi bidang keusahawan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.Nilai kegigihan.Sebagai contoh Hakim gigih menjadi penternak ayam walaupun dirinya terpaksa menanggung hutang yang banyak.Nilai keprihatian. Sebagai contoh Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh hakim dengan memberi semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak moden sebelum dia berangkat ke luar negara untuk berkursus.Nilai tolong-menolong. Sebagai contoh Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya mendapatkan hak tanah seluas empat ekar  milik datuk hakim.



Pengajaran

Kita hendaklah menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lain.  Sebagai contoh Hakim menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah.Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh Hakim gigih berusaha untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan projek penternakan ayam walaupun terpaksa meminda kertas projeknya beberapa kali sebelum bank meluluskan permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat.Kita hendaklah berani menceburi bidang perniagaan. Sebagai contoh hakim berani mengusahakan tanah peninggalan datuknya dengan menjalankan penternakan ayam untuk dijual.Kita hendaklah menolong  golongan yang memerlukan bantuan. Sebagai contoh Azam membantu sahabatnya dengan menjadi peguam bagi mendapatkan hak milik tanah datuk Hakim. Kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah.  Sebagai contoh Syarikat RAJA mengenakan bayaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat ayam yang dibeli oleh Hakim untuk mengaut keuntungan yang lebih.

Sunday, February 1, 2015

NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN

(Sumber Bahagian Pembangunan Kurikulum)



Bab Satu.

Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi menjaga hati ibunya.



Bab Dua.

Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh. Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca bukuPanduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.



Bab Tiga.

Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang menunggu Abang Rashid untuk pulang.



Bab 4.

Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar. Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung bersama-sama dengan masyarakat kampung.



Bab 5.

Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan pengubatan tradisional yang belum tentu kepastiannya.



Bab 6.

Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi, supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.



Bab 7.

Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha, ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas kepakaran datuknya dalam ilmu pengubatan tradisional, apatah lagi yang memujinya bukanlah sebangsa dengannya.



Bab 8.

Datuk banyak mengajar Lili berkaitan dengan ilmu keagamaan, malah datuk selalu menguji Lili tentang ilmu-ilmu keagamaan yang selama ini Lili tidak mengetahuinya. Datuk mengakui bahawa ibu Lili tidak kisah dengan ilmu-ilmu keagamaan adalah berpunca daripada kesilapannya. Semasa zaman kanak-kanak ibu Lili lebih berminat belajar silat di gelanggang Tuk Wali berbanding ilmu agama. Tambahan pula setelah berjaya melanjutkan pelajaran keluar negara, menjawat jawatan penting dan berumah tangga sehingga terlupa segala-galanya. Sepanjang berada di kampung Lili merasa keenakan buah-buahan tempatan yang terdapat di dusun yang dikutip oleh Abang Rashid. Pak Sahak datang ke rumah datuk memaklumkan bahawa berlaku kekecohan di surau kerana William cuba dipengaruhi penduduk-penduduk kampung supaya tidak mempercayai pengubatan tradisional disamping memujuk supaya menjualkan tanah bagi tujuan membina rumah sewa.





Bab 9.

Danel anak bongsu William Ng berkunjung ke rumah datuk untuk menjelaskan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat kampung berkaitan pembinaan kubah surau. Wakil Rakyat telah memberi pilihan sama ada ingin membina sebuah dewan masyarakat atau mendirikan sebuah masjid.. Kebanyakan penduduk kampung memilih untuk membina kubah surau berbanding  membina sebuah masjid kerana masalah kekurangan tanah. Disamping itu juga, Danel telah menjelaskan kebaikan mendapatkan rawatan moden berbanding dengan rawatan tradisional. Hujah-hujah telah dikemukakan oleh Danel dari segi sains perubatan untuk menyakinkan penduduk-penduduk kampung termasuk datuk, walaupun datuk sukar untuk menerima hakikatnya. Memang kaedah perubatan tradisional baik jika digabungkan dengan kaedah perubatan moden, kerana semua bahan-bahan ramuan tradisional diawet dalam bentuk moden supaya penggunaannya lebih selamat dan terjamin mengikut kaedah saintifik. Danel terpaksa berhujah secara berhemah demi menjaga hati datuk agar tidak terguris.



Bab 10.

Datuk tetap sayang akan pekerjaannya sebagai pengubat tradisional, kerana masih ramai penduduk yang percaya dengan rawatan tersebut termasuk ibu Geetha. Hati datuk tersentuh dengan penerangan yang diberikan oleh Danel, walaupun hujah-hujah yang diberikan itu belum tentu dapat menyakinkannya. Jangkaan Datuk juga kuat mengatakan William juga tidak dapat menerima penerangan yang diberikan oleh Danel. Jika dahulu semua kata-kata datuk boleh diterima pakai oleh penduduk-peenduduk kampung termasuk William, malah Berjaya mengislamkannya, tetapi kini tidak lagi. Nenek pula sekarang sudah mula menyindir dan menidakkan kata-kata datuk. Sugi anak sulung William pula telah menggalakkan pemaju datang untuk membangunkan tanah penduduk-penduduk kampung, yang akhirnya berlaku pertelagahan antara penduduk sama ada mahu menjual tanah atau sebaliknya.



Bab 11.

Sebelum solat, datuk tercari-cari tasbihnya yang hilang entah ke mana, namun sebaik sahaja masuk waktu datuk bersolat dan berzikir tanpa menggunakan tasbih. Selepas itu datuk membaca kitab dua halaman dan berhenti. Dengan linangan air mata yang tidak bertakung, tanda menahan kesedihan dalam mengharung segala dugaan kehidupan. Usia datuk kini sudah mencapai lebih tujuh puluh tahun. Datuk menyuruh Lili ke dapur supaya nenek membuatkan secawan kopi untuknya. Tanpa berlengah Lili akur dengan arahan datuk dan terus ke dapur. Nenek membawa secawan kopi untuk datuk. Apabila melihatkan ada sesuatu yang ingin dibincangkan antara datuk dan nenek, Lili mohon izin keluar, tetapi datuk terus memanggilnya. Lili duduk semula dan datuk meminta Lili menceritakan tentang ibunya. Lili terus bercerita, namun berdasarkan soalan-soalan yang datuk kemukakan, jelaslah bahawa terlalu banyak rahsia hidup ibu yang Lili tidak ketahui.





Bab 12.

Isu kubah surau menjadi perbualan hangat antara penduduk-penduduk kampung. Sama ada ingin mendirikan masjid atau membina kubah surau lama telah menyebabkan penduduk-penduduk kampung hidup berpuak-puak. Bekas ketua kampung, iaitu arwah Haji Salihin merupakan orang alim di kampung ini, juga berasal dari tanah Jawa Barat bersama-sama membangunkan surau lama ini, telah berpesan bahawa surau lama ini tidak boleh dibangunkan kerana bimbang kesannya akan mengganggu ketenteraman kampung. Mengikut pendapat nenek itu hanyalah kepercayaan yang tiada penghujungnya dan ada alasannya yang tersendiri. Ketika Lili meniti bendang untuk menemui nenek, dia ternampak seorang lelaki mengepit seekor ayam jantan dan seorang lagi mengepit seekor ayam betina. Abang Rashid telah menasihatinya supaya balik ke rumah kerana keadaan kampung begitu tegang. Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki tua melaung-laung dan bertakbir serta menghalang mereka melakukan perkara-perkara haram dan pengkhianat. Berlakulah kejar-mengejar antara kumpulan tersebut. Abang Rashid terus menghantar Lili pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatannya. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Lili ternampak ada tetamu datang yang terdiri daripada empat orang lelaki dan seorang perempuan.



Bab 13.

Menurut cerita nenek, kelima-lima orang yang datang itu adalah berasal dari Kuala Lumpur. Mereka datang hanya ingin memberitahu bahawa sakitnya lebih awal sembuh daripada menggunakan herba yang datuk berikan. Lili ke anjung bertemu dengan datuk. Datuk memberitahu Lili mulai sekarang datuk hanya akan menumpukan tugas-tugasnya berkebun dan berperahu, tidak boleh bergantung hidup dengan herba-herba lagi. Pada sebelah malamnya, datuk menyusun kayu-kayu api di bangsal belakang rumah untuk menenangkan fikirannya. Keesokan harinya datuk menyusun barang-barang lama yang bertaburan di lantai dan bekerja tanpa henti-henti. Pada sebelah petangnya Lili memohon kebenaran nenek untuk ke rumah Geetha, dengan ditemani Abang Rashid, tetapi memandangkan sudah senja, Lili membatalkan niatnya, tetapi terus bersama-sama Abang Rashid ke pekan. Semasa berjalan-jalan Lili sempat bertanyakan Abang Rashid tentang zaman bujangnya dan bilakah Abang Rashid akan berkahwin? Soalan itu tidak berjawab.



Bab 14.

Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang. Mereka tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat melihat matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam hidup.



Bab 15.

Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabaran tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau. Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan.



Bab 16.

Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tetiba sahaja Danel muncul dengan membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan pulang Lili, terserempak dengan adengan kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda tersebut dan mereka pernah datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.



Bab 17.

Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit. Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan disamping boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.







Bab 18.

Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tetiba, Lili yang ternampak juluran ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak Lili menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran nenek. Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya. Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.



Bab 19.

Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan, seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat perculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.



Bab 20.

Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada penduduk-penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-yumpah supaya anaknya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah nenek menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya. Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.









Bab 21.

Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-penduduk kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili tetap berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan Haziq. Menerusi maklumat yang diperolehi dari neneknya, sudah tentu banyak yang bersifat negetif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili, Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon kebenaran untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.



Bab 22.

Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili dipersilakan disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah. Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru. Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa yang dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan bertanya khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak menolak pelawaan itu.



Bab 23.

Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kekadang boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang masuh belum selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya. Seman suami Che Jah merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu,  minum arak dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik anak-anak dalam membina keluarga bahagia.





Bab 24.

Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.



Bab 25.

Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan disel telah menenggelami isu kubah surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos perubatan tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan sempat melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan  Che Jah oleh nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala Lumpur seminggu lagi.



Bab 26.

Lili berpendapat,  dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang berat dan lebih member tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas membangunkan kampung terletak di bawah tanggung jawab Danel sebagai penduduk tetap dan perlu memperjuangkannya.



Bab 27.

Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki, pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.



Bab 28.

Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita tersebut dan menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.



Bab 29.

Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk meengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung.



Bab 30.

Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak pak busu pada hari Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.



Bab 31.

Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili tercengang dengan  keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.



Bab 32.

Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidup Rafiq berdarah dan rebah di lantai rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.



Bab 33.

Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah. Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar, manakala Rafiq dihantar ke hospitan untuk mendapatkan rawatan.



Bab 34.

Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk pula dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindunginya anak-anaknya dari kes culik cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah, menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan mampu tersentum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis syabu sehingga system tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan membantunya sehingga pulih.



Bab 35.

Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima oleh semua penduduk dan ketua kampung.



Bab 36.

Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah-kisah silam, sejak zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah jendela menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang.



TEMA

Tema novel ini ialah Kehidupan masyarakat yang menghadapi pelbagai masalah diselesaikan dengan cara bermuafakat.



Masalah keganasan rumah tanggayang berlaku kepada keluarga Che Jah akibat sikap suaminya Seman dapat diatasi apabila Che Jah sendiri dengan suka rela membuat laporan polis. Akibat tidak tahan dengan sikap suaminya dan kesan kenakalan anak-anaknya Che Jah akhirnya Berjaya diselamatkan.



Masalah masa depan perubatan tradisional.Datuk yang sememangnya menjadi sumber rujukan masyarakat setempat dan luar tentang perubatan tradisional sudah mulai dipinggirkan. Bertambah parah apabila isterinya sendiri mulai menyindir akan kemujaraban herba yang diadun kerana boleh mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya.



Masalah buruk sangka atas orang lain.Masyarakat di Pekan Sentosa buruk sangka terhadap anak-anak Che Jah yang selama ini terkenal kenakalannya. Mereka menyangkakan bahawa Haziq dan Rafiq yang melarikan kubah surau. Masalah terlerai apabila Che Jah menyatakan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau tersebut.



Keprihatinan masyarakat terhadap masalah yang dihadapi. Lili begitu prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh Che Jah. Penduduk kampong yang selama ini menganggap keluarga Seman sebagai contoh institusi kekeluargaan yang buruk, namun dengan bantuan kefahaman Geetha yang bukan berbangsa Melayu menjadikan Lili tersedar bahawa Che Jah perlukan bantuan bukannya cemuhan.





PERSOALAN

Persoalan tentang keganasan rumah tangga. Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.Persoalan tentang penggunaan ubat tradisional. Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.Persoalan tentang sikap prihatin. Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampung. Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.



PLOT



Permulaan

Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas.  Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha dalam bas.Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.



Perkembangan

Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau.Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk.Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah Berjaya menyembuhkan ibunya Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba tradisional.Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap.Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Namun cara Danel yang berhemah dapat memastikan bahawa datuk tidak berkecil hati.Danel sering menulis artikel tentang pisang.

Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun Berjaya diselamatkan oleh Danel.



Konflik

Konflik dengan diri sendiriDatuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.Konflik dengan orang lainDatuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.



Klimaks / Puncak

Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar. 



Peleraian

Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun.Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.Rafiq dihantat ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan tanah mereka.Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili.Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas.Ibu pulang menaiki bas tanpa ayah.Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.Haziq dan Rafiz kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR.



WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Lili

Lepasan sekolah menengahTidak gembira pulang ke kampung datuk dan neneknyaBerpura-pura menjaga hari ibunyaRajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahanAkur cakap orang tuaSuka berkawan dan peramahMenjadi teman baik GeethaCepat bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafiq anak Che Jah yang nakal,Prihatin dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga.Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu.





Watak Sampingan

Datuk (Haji Abdul Rahman)

Pakar Akar Kayu Dan Ubat TradisionalJadi Sumber Rujukan Masalah Kesihatan Penduduk KampungBerjaya Sembuhkan Letchumi Daripada Sakit Teruk Dengan Herba Yang Dibuat Oleh DatukAjar Lili Ilmu KegamaanMenguji Lili Dengan Ilmu AgamaSaying Akan Pekerjaannya Mengumpulkan Akar KayuBerjaya Mengislamkan WilliamDahulu Orang Mendengar Cakap Datuk Tetapi Sekarang TidakBerumur 70tahunRajin Beribadat, Solat, Zikir Dengan TasbihRajin Membaca KitabBerjaya Mengubati Lima Orang Dari Kuala Lumpur Menggunakan HerbaTidak Balik Malam Kerana Mencari Herba Di Hutan\Pandai Mengurut (Menngurut Danel)

Danel

Anak WilliamJelaskan Isu Pembinaan Kubah SurauJelaskan Kebaikan Rawatan MdenBerhujah Dengan Berhemah Supaya Datuk Tidak Berkecil HatiPercaya Perubatan ModenAkrab Dengan DatukMenulis Artikel Tentang Buah Pisang Di Tenom SabahSering Membantu Nenek MemasakMemasak Menggunakan PisangBantu Menyelamatkan Lili Daripada Diculik.

Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)

Kurang Yakin Dengan Ubat Tradisional Yang Datuk SediakanIsteri Kepada DatukPercaya Pantang Larang (Terbalikkan Semua Cermin Untuk Terbalikkan Mata Kilat)Bakar Kulit Bawang Putih Untuk Bau Harum Dalam RumahSuka Menyindir Datuk Tentang Ubat Tradisional.Pandai Memasak Dan Masakannya Sering Dipuji Oleh Danel.



Geetha

Kenalan Lili Dalam Bas Sewaktu Pulang Ke TerengganuSiswa Tahun Pertama Jurusan Kejuteraan Awam Universiti MalayaAnak Letchumi Yang Ada Kedai Runcit Dan Sembuh Selepas Makan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan.Menjadi Akrab Dengan Lili.Seorang Yang Tepati Janji.

Abang Rashid

Sering Membantu Datuk Dan NenekMengambil Lili Di Perhentian Bas Untuk Membawa Pulang Sewaktu Lili Pulang Ke Kampung.Kutip Buah Dari Kebun DatukBelum Berkahwin

 Ibu Lili

Suka Seni Taman Ala Bali Yang Penuh Reka Bentuk Dan TumbuhanTanam Herba Pembuka Selera MakanTidak Kisah Ilmu Agama Akibat Kecuaian DatukGemar Belajar Silat.Belajar Di Luar NegaraMenjawat Jawatan Penting.

Rafiq Dan Haziq

Anak Remaja Berumur Belasan Tahun.Menduduki PmrAnak Che Jah Yang Sering Menimbulkan MasalahMemulas Tangan Lili Dan Menculik LiliMenggunakan Senjata Tajam Dan Mengacukan Di Leher LiliBerubah Sikap Menjadi Lebih Baik.

Seman

Suami Che JahKaki judi, berhutang dan minum arakMelarikan kubah surauSeorang yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah isterinya dan anak-anaknya Haziq dan Rafiq sebagai tempat melepaskan geram dan marah.Membelasah Haziq dan Rafiq hingga terukDitangkap di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk dijalankan pemulihan akidah.





Latar

Latar Tempat

DungunDaerah Tempat Nenek Dan Datuk TinggalDaerah asal ibu LiliPekan SejahteraTempat Tinggal GeethaKedai milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini.Pekan SentosaTempat Tinggal Datuk Dan Nenek LiliBendangTempat Lili Bertemu Neneknya Sewaktu Tiba Di KampungMasjidTempat Datuk Bergotong-Royong Menaikkan Kubah Masjid Bersama-Sama Penduduk Kampung.Tempat Datuk Bersolat BerjemaahRumah DatukRekabentuk Yang Unik Dengan Corak Jendela Dan PintuTempat Datuk Bercerita Tentang Kemujaraban Akar Kayu Dengan Lili.Tempat Danel datang dan membantu nenek memasakTempat Danel berurut dengan datukKedai Runcit LetchumiTempat Nenek Membawa Lili BerbelanjaTempat Lili Bertemu GeethaTempat Geetha Bercerita Tentang Datuk Kepada Lili.Kedai Runcit Ah KwanTempat Lili Diminta Membeli Barangan DapurTerletak Berhampiran Dengan Rumah Nenek.Balai RayaTempat penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampung oleh orang yang tidak dikenali.Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau



Latar Masa

MaghribMenjelang Waktu Isyak, Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di Puncaknya Terdapat Bulan Sabit.PagiLili Meminta Izin Nenek Untuk Berada Di Luar Bagi Melihat Kubah Surat Atau Bertemu Che Jah.Lili Ke Rumah Che Jah Untuk Bertanya Khabar Tentang Haziq.



Latar Masyarakat

Latar Masyarakat Yang Bermasalah Istitusi KekeluargaanSuami Che Jah Merupakan Seorang Yang Suka Berjudi, Berhutang, Menipu, Minum Arak Dan Anak-Anak Serta Isterinya Seraing Menjadi Mangsa Kekejamannya. Haziq Anak Che Jah Merupakan Pelajar Yang Pintar Tetapi Tersalah Pergaulan Dan Menyebabkan Dia Diberhentikan Sekolah.Latar Masyarakat Yang Suka Mengambil Tahu Hal Keluarga Orang Lain.Nenek Memberitahu Bahawa Orang Kampung Suka Bermuka-Muka. Suka Mengumpat Walaupun Melalui Jendela.Latar Masyarakat Yang PrihatinLili Prihatin Dengan Masalah Yang Menimpa Keluarga Che Jah Atas Sikap Tidak Bertanggungjawab Seman Suami Che JahLili Meminta Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk Memaklumkan Sikap Seman.Lili Berpendapat Bahawa Danel Bertanggungjawab Membagunkan Kampung Kerana Danel Penduduk Tetap Dan Perlu Memperjuangkannya.Danel Prihatin Terhadap Lili Dengan Menyelematkan Lili Sewaktu Diculik, Membawanya Ke Pean Dan Banyak Perkara Mereka Bersependapat Dengan Lili.Latar masyarakat yang buruk sangka.Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk kerana disangkanya datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal.Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan





Teknik Penulisan

Pemerian

Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.Penulis menceritakan sebak hati Lili untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat persekolahan.Penulis menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah tangga dan sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga yang mereka hadapi.

Dialog

Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama.Dialog antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional.  Danel berbincang dengan dtuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara tradisional.Dialog penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak terlibat dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar.Dialog antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan datuk.

Monolog

Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu.Lili bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampong nenek dan datuknya kerana kurang senang dengan permintaan ibunya supaya dia bercuti selepas tamat persekolahan.

Imbas Kembali

Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibunya kurang mengamalkan ilmu kegamaan.

Saspens

Pembaca saspens tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangkakan bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung beranggapan yang sama.



Nilai

Nilai Jati Diri

Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.

Nilai Tanggungjawab

Penduduk kampong bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.

Nilai Prihatin

Lili prihatin Atas Nasib Rafik Dan Haziq Kerana Berpunca Dari Masalah Keluarga Yang Dihadapi Walaupun Mereka Pernah Menculik Lili. Lili Menjenguk Che Jah Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.Penduduk kampong prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampong mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah.

Nilai baik hati

Danel sering datang ke rumah nenek dan membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek memang sedap.Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.

Nilai kasih sayang

Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia.



Pengajaran

Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeling kitasupaya masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sediakala.Kita hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan herba dapat menfaatkan manusia sejagat.Kita hendaklah hidup dalam harmonisupaya semua kaum dapat menikmati hidup yang aman.Kita hendaklah menyelesaikan masalah secara bermusawarahsupaya segala masalah dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama ini.Kita hendaklah sayang akan ahli keluargasupaya melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni serta membesar dengan penuh kasih sayang.






PAK21 NORMAL BAHARU

https://www.flipsnack.com/RynnYusuf/pak21-normal-baharu-cp5gi3nvxn.html