Sunday, January 25, 2015

Sajak Tingkatan 4 AKU MEMBACA LAGI


SAJAK  AKU MEMBACA LAGI (Razali Mohd Yussof)

RANGKAP

MAKSUD

Aku mendongak langit

membaca garis dan titik

menaakuli kebesaran-Mu

di bawahnya gumpulan mega

hembasan bayu dan banjaran gunung.   

Penyajak memandang ke langit. Penyajak berasa dirinya sungguh kerdil melihat kebesaran Illahi yang mencipta pelbagai fenomena alam. Dengan perasaan penuh kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

Kuselusuri alam

kicauan burung

desiran ombak dan wajah pelangi

mewarnai kehidupan umat-Mu.

Penyajak meyelusuri pula alam yang terbentang luas. Kedengaran kicauan burung, desiran ombak dan keindahan pelangi yang melengkapi kehidupan manusia dengan pelbagai rencah kehidupan.

ku mendongak lagi

membaca langit

di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh

dahan dan ranting terkulai

daun-daun berguguran

helai demi helai

di lantai tanah airku yang makmur.

Penyajak mendongak ke langit lagi dan cuba memahami langit. Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar apabila negara semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa Melayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatan  bahasa Melayu.

Aku membaca langit

Kutemui

bulan dan bintang menangis

meratapi luka nasib bangsa.

Penyajak masih mahu memahami perkara yang tersurat di langit. Penyajak dapat menyaksikan kekecewaan bulan dan bintang  (pejuang-pejuang bahasa) yang  meratapi akan nasib bahasa Melayu yang dipinggirkan oleh bangsa di  tanah air sendiri.

Aku mendongak lagi

menitis air mata langit

membasahi bahasa Melayuku

yang berdarah.

Penyajak kembali mendongak ke langit. Kali ini,penyajak dapat menyaksikan kesedihan langit yang turut menangisi nasib bahasa Melayu yang kian tenat dan semakin dilupakan anak bangsa.

TEMA

·         

    Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.

 PERSOALAN


Keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan

Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.


2.      Kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang

Contoh : Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.


3.      Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu

Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

4.      Bahasa sebagai maruah bangsa.

5.      Jati diri anak bangsa yang kian terancam.


BENTUK SAJAK


Terdiri daripada lima rangkapTerdiri daripada empat hingga tujuh baris dalam satu rangkapTerdiri daripada satu hingga enam perkataan dalam satu barisTerdiri daripada empat hingga 12 suku kata dalam satu barisRima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.Rangkap pertama : abcdeRangkap kedua : abcdRangkap ketiga : abcdefgRangkap keempat : abcdRangkap kelima : abcd


GAYA BAHASA


sinkope

Contoh :

- Kuselusuri alam

- menekuni kebesaran-Mu

- mewarnai kehidupan umat-Mu


2.      personifikasi

Contoh :

desiran ombak dan wajah pelangidahan dan ranting terkulaibulan dan bintang menangis meratapiluka nasib bangsamenitis air mata langitmembasahi Bahasa Melayuku  yang berdarah

3.      repitisi

Contoh :

helai demi helai


 NILAI


Nilai kesyukuran

Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.


Nilai cinta akan bahasa

Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.


Nilai cinta akan alam sekitar

Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.


PENGAJARAN


Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan

Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.


2.      Kita mestilah cinta akan bahasa.

Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.


3.      Kita mestilah cinta akan alam sekitar.

Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.



Salin daripada Cikgu Hasanah. Terima kasih.


4 comments:

KURSUS INDUKSI SISC+ DAN SIP+ (AVILLION LEGACY MELAKA) 11 - 14 September 2017

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada BPSH, Pensyarah-pensyarah IAB dan IPG Perempuan Melaka. ...