Sunday, January 25, 2015

Sajak Tingkatan 4, www.sibermerdeka.com.my



SAJAK 'www.sibermerdeka.com.my'  (Abdul Ghafar Ibrahim)



 Rangkap

Maksud

Rangkap 1
Dalam kebun diriku
      aku tanam saujana rancangan

      untuk memerdekakan warga susahku
     hidup menentang senja dan malam.

Penyajak memulakan muhasabah (cermin diri) dengan suatu tekad membuat perancangan untuk membebaskan diri daripada kesukaran dengan menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang..

Rangkap 2

Dalam parlimen diriku
    aku bahas isu onak dan enak
        untukku merdekakan warga fikirku
        mengelak hidup dikotak-katikkan.

Dalam benak penyajak berlaku pertentangan antara cabaran dengan keselesaan.Beliau tidak mahu dikongkong. Penyajak mahukan kebebasan berfikir supaya tidak mudah  diganggu oleh pengaruh luaran dirinya seperti dipermain-mainkan.

Rangkap 3

Dalam laut diriku
         ombak gelora menampar pantai aman
         untuk menguji amal dan iman.


Dalam jiwa penyajak, pelbagai dugaan datang untuk menggugat kekuatan, ketahanan dan keutuhan diri . Kesemuanya untuk menguji amalan dan keimanannya.

Rangkap 4

Dalam gergasi diriku
         terpedaya jua oleh permainan si kancil
         namun sempat sedar dan beringat lagi.


Dalam keegoan dan  kemegahan diri, penyajak berasa tertipu juga dengan tipu muslihat yang licik dan perangkap pihak yang disangka bijaksana. Akan tetapi, penyajak bernasib baik kerana cepat sedar dan masih peka terhadap tipu muslihat itu.

Rangkap 5

Dalam pentas diriku
        aku berlatih menangkis angin
        aku berlatih memunggah awan
        menghayati skrip demi skrip

        yang tak diduga klimaksnya.


Di dalam hati, penyajak bersungguh-sungguh mahu menentang  sesuatu masalah, ketidakpastian,meneroka kebenaran, menelaah / menghayati setiap perkara yang tidak diketahui kesudahannya.


Rangkap 6

  Dalam dewan diriku
           aku tak cemas lagi
           oleh kata yang mengekang
            aku tak lemas lagi
           oleh kata yang menyerang

Di dalam dada, penyajak sudah berasa tidak gentar dengan segala bisikan yang menghalang dan tidak mudah mengalah oleh cakap-cakap berbentuk provokasi atau sebarang percubaan untuk menjatuhkannya dengan cara memburuk-burukkannya.



Rangkap 7

 Apabila sibermerdeka sampai
          ke rumah cabaranku
         aku panggil diriku bermesyuarah
         menyokong, berkecuali atau menentang
         aku ambil keputusan
         waktu itu aku tak kenal batas diri
         untuk tidak mengulangi kekalahan.

Maka, ketika peranti internet berada di hadapan mata, penyajak membuat keputusan yang teguh supaya tidak sekali-kali berasa lemah untuk mudah dipengaruhi oleh maklumat yang dipaparkan.Penyajak juga tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.



Rangkap 8


Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
       aku turun darinya menghadapi hidup nyata
       peristiwa datang peristiwa pergi
       bagai siang memanggil malam
      dan sibermerdeka terus berkaca
      terus mengalirkan arus ingatan
      elakkan dirimu menjadi sia-sia
      hamparkan dirimu di persada Tuhan

Sekarang, penyajak menyedari bahawa dirinya telah banyak menghabiskan waktu melayan media baharu itu. Penyajak pun kembali dengan kegiatan seharian seperti biasa. Pelbagai kejadian terus memenuhi ruang internet untuk menggamit perhatian penyajak. Namun, penyajak mengukuhkan keazaman  untuk tidak membuang waktu tanpa faedah, sebaliknya mahu mendekatkan diri dengan beribadat di sisi Ilahi.

  
Tema

·         Ketabahan  seorang insan dalam menghadapi dugaan hidup


Persoalan

1)      Persoalan setiap insan terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan hidup.

2)      Persoalan perlunya perancangan dan persediaan untuk menghadapi cabaran hidup.

3)      Persoalan kehidupan yang penuh dengan tipu muslihat.

4)      Persoalan kekuatan diri dalam melawan musuh.

5)      Persoalan keimanan yang teguh dalam  menghadapi dugaan hidup.

6)      Persoalan keinsafan untuk membaiki sisa-sisa hidup.

7)      Persoalan keinginan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.


Bentuk Sajak

·         Bilangan rangkap –

·         Bilangan baris setiap rangkap –

·         Bilangan perkataan -

·         Rima  bagi setiap rangkap –


Nada: Melankolik

                                                      Gaya bahasa

·         Unsur alam –

·         Sinkope-

·         Bahasa asing-

·         Simile-

·         Responsi-

·         Metafora-

·         Anafora-

·         Personifikasi-



Nilai

Pengajaran

Berdikari – Contoh: Penyajak berupaya bertindak sendiri untuk menghadapi dugaan hidup.

Kita mestilah

Keberanian- Contoh:



Rasional- Contoh:



Ketabahan-Contoh:



Ketaatan-Contoh



Kebijaksanaan- Contoh:



Berhati-hati –Contoh:



Keinsafan:- Contoh: Penyajak insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukannya.


Salin daripada Cikgu Hasanah. Terima kasih.


4 comments:

KURSUS INDUKSI SISC+ DAN SIP+ (AVILLION LEGACY MELAKA) 11 - 14 September 2017

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada BPSH, Pensyarah-pensyarah IAB dan IPG Perempuan Melaka. ...