Sunday, July 24, 2016

DRAMA BUKAN GILA

BUKAN GILA
(Shariff Shaary)

1.0 SINOPSIS

ADEGAN I

Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran 
Ani,  bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi  pegangan  Azmir. 

ADEGAN II

Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, 
hanya di kawasan wad sahaja.

ADEGAN III

Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga 
orang pelakon. Setiap watak menyatakan  prinsip  hidup yang berbeza tentang dunia. 
(dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran). Azmir pula berpendapat 
bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. 
Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti. Azmir 
berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan 
sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung kesakitan 
pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar 
sakit atau hanya lakonan. Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir 
kembali ke wad setelah tiga hari telah hilang.

ADEGAN IV

Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin 
mendapatkan maklumat latar belakang hidup Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah 
Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berpelakuan aneh apabila 
berada  dalam tingkatan 6  dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. 
Dia juga menggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia. 
Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri  Azmir. Rakan Azmir 
berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih sayang dan sokongan daripada kedua-dua ibu bapa. Pelakon 2 pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat. 
Pelakon 1 pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.

ADEGAN V

Azmir bermonolong tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga 
bermonolong tentang suka duka kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan keindahan 
dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendiri dan 
menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan.

ADEGAN VI

Berita kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993. Kematiannya amat 
mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripad penyakit barah otak dilamainya. 
Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir

2.0 PEMIKIRAN

Setiap orang mempunyai prinsip hidup dan ideologi yang berbeza yang boleh 
mempengaruhi tindakan/cara hidup. 

3.0  PERSOALAN

Perbezaan pemikiran  dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap   janggal oleh masyarakat sekeliling. 
- Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang  hidup 
(cinta, sifat kemanusiaan, prinsip hidup) berbanding orang lain.


Kepentingan cinta dan kasih sayang
Contoh: Cinta dan kasih sayang amat penting bagi menjamin kebahagiaan


Rencah kehidupan
Contoh: hidup ini ibarat roda yang berputar, ada suka dan dukanya.


Dunia ini ibarat pentas lakonan
Contoh: dalam kehidupan di dunia ini, manusia ialah pelakonnya yang 
              membawa pelbagai watak


Kesakitan boleh membawa penderitaan
Contoh: Azmir yang menanggung kesakitan kerana menghidap barah otak.


Sokongan daripada ahli keluarga terdekat boleh memberi kekuatan dalam  menghadapi cabaran hidup.

Contoh: Azmir  menanggung cabaran hidup tanpa sokongan ibu bapa dan 
   kekasih hati.


Keprihatinan perlu ada dalam diri setiap manusia

Contoh:Tindakan para pelakon yang mengunjungi rumah Azmir untuk 
   mengetahui latar belakang hidup Amir


Setiap orang perlu mempunyai sikap bantu-membantu .

Contoh : Para pelakon yang membantu mengurangkan kesakitan dengan
               memicit-micit kepalanya


Kekuasaan Tuhan
Contoh: perlu menerima takdir terhadap yang telah ditentukan oleh Tuhan


Sifat berterima kasih

Contoh: setiap manusia perlu berterima kasih terhadap sumbangan orang lain 
   dalam kehidupan mereka – ibu bapa, para petani.


Hikmah di sebalik sesuatu kejadian
Contoh: sesuatu kejadian yang berlaku mempunyai pelbagai hikmah yang 
             tersembunyi

Saturday, May 21, 2016

BUDI BAHASA BUDAYA KITA

Assalamualakim wbt...

Hidup bermasyarakat perlu hormat menghormati. Jangan sombong dan angkuh... merasakan hanya kita yang sempurna. Gunalah bahasamu yang betul, bertuturlah dengan nada yang lembut. Kerana tiap bicaramu yang lembut merapatkan lagi silaturahim antara kita. Tak perlu kita mendabik dada menunjukkan kuasa...kerana tidak bermakna kuasa jika semua cuba menjauhkan diri. Nasihat menasihati perlu ada kerana saudara yang baik akan menasihati saudaranya. Ingatlah bahawa lidah itu lebih tajam daripada mata pisau. 


PAK21 NORMAL BAHARU

https://www.flipsnack.com/RynnYusuf/pak21-normal-baharu-cp5gi3nvxn.html